LISA!63

1K 82 7
                                    

RYANA meletakkan sebuah kotak di atas meja di depan aku. Aku hanya diam menikus.

"Semua memori antara Khalif dan Aisya ada dalam kotak ni. Adik I terlalu sayangkan jantan tu sebabtu everything he gave her, she kept them inside this box." Kata Ryana seraya mengeluarkan beberapa keping gambar Khalif dan Aisya lalu memberikannya kepada aku.

Meskipun Aisya sudah tiada, namun kemesraan mereka berdua dalam gambar-gambar ni buatkan aku cemburu dan kecewa dalam masa yang sama. Hanya dengan melihat air muka Khalif, aku tahu lelaki itu amat menyayangi dan mencintai Aisya seikhlas hati. Patutlah Puan Elina berkenan dengan wanita ini.

"You nak tahu tak? Khalif selalu bawak Aisya pergi holiday and always berdua-duaan. Diorang jugak tinggal di bilik hotel yang sama dan sekatil ibarat sepasang suami isteri. Tapi tulah, manusia kan? Diorang tahu benda tu haram tapi buat jugak." Ryana menggeleng kepala. Senyuman sinisnya terukir dibibir.

Kemudian, sebentuk cincin permata dikeluarkan dan diletakkan di depan aku.

"Look at this ring. Aisya pernah bagitahu I yang cincin ni Khalif bagi dia sebagai tanda persahabatan mereka. And this necklace..."

Seutas rantai berbentuk infiniti turut diletakkan di depan aku.

"...Khalif bagi Aisya sewaktu first time diorang celebrate birthday dia. At the same night, they 'making love'." Dahi aku berkerut seribu tatkala merenung sebentuk cincin permata dan seutas rantai leher tersebut bersilih ganti.

Kenapa...

"I tahu mesti you terkejutkan kenapa cincin dan rantai ni familiar? Cuba tengok cincin kahwin you. Samakan dengan cincin yang Khalif bagi Aisya?" Aku menunduk melihat cincin nikah aku dan Khalif. Aku tergamam. Betul kata Ryana, design cincin yang Khalif bagi aku sama dengan design cincin yang Khalif bagi Aisya.

Rantai yang berada di leher aku pegang dan lihat. Aku memejam mata. Design kedua-dua rantai ini juga sama. Air mata mengalir lagi. Kenapa harini aku terlalu banyak menangis? Kenapa aku terlalu lemah sekarang?

Ryana merenung wajah aku dalam. Air mukanya kosong. Tiada senyuman sinis mahupun renungan simpati terhadap aku. Tangannya sekali lagi masuk ke dalam kotak yang berada di atas meja. Sebotol minyak wangi dikeluarkan dan diberikan kepada aku.

Aku merenung minyak wangi berjenama Burberry Goddess itu. Minyak wangi ini adalah minyak wangi yang Khalif hadiahkan kepada aku. Khalif pernah bagitahu aku, ini minyak wangi kegemaran dia. Sejak dari hari itu, hari-hari aku pakai minyak wangi ni setiap kali mahu tidur.

"Perfume ni adalah perfume kegemaran Aisya. Khalif yang hadiahkan pada dia. Setiap kali perfume ni habis, Khalif akan beli lagi 10 botol untuk dia. He was so obsessed with her. Nafsu jantan dia tercabar setiap kali Aisya pakai perfume ni sebelum tidur. Not to forget, he loves her wearing night dress everyday." Terang Ryana lagi. Tangannya mencapai Whisky lalu diteguknya sehingga habis.

Air muka aku menjadi semakin keruh. Air mata sudah berhenti mengalir. Aku tak larat lagi mahu menangis. Mukaku terasa sembab. Suasana dalam bilik bawah tanah langsung tak dapat menyejukkan hati aku yang panas dan hampir hancur.

"You nak tahu tak macam mana I boleh tahu semua perkara tentang Khalif dan Aisya? I'm her twin sister. Dia tahu I ni pesakit mental tapi dia tetap berkongsi rahsia dengan I setiap kali kitorang berjumpa. Dia hanya ada I seorang saja sebab dia trauma untuk berkawan lagi. Best friend dia tikam belakang dia. Fitnah dia depan orang ramai. You nak tahu apa jadi pada perempuan tu?" Aku merenung wajahnya, menunggu kata-kata seterusnya.

"I poisoned her to death. She deserves it. I paling pantang orang hancurkan hati dan kepercayaan adik I. Dia satu-satunya adik yang I ada. Aisya selalu cakap, Khalif adalah lelaki terbaik dia pernah jumpa. Khalif cinta mati dia tapi you tengoklah apa suami you buat pada adik I. He killed her to be with you, Inara."

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now