LISA!35

2.1K 91 4
                                    

"BRO, kau pahal diam saja dari tadi? Ade problem ke?" Soal Hud. Vape yang berada di tangan dihisap sebelum dihembuskan ke udara. Imran yang memerhatikan sekeliling turut terhenti pada wajah lelaki itu. Nampak tak bermaya.

"Aku okay." Balas Afeef sebelum nafas berat dilepaskan. Dia bersandar pada bangku dengan kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket hoodie yang dipakai.

"Kau tak payah nak menipu aku lah, peyp. Dah berapa tahun kita kenal? Jenama boxer kau pun aku tahu inikan pulak muka kau kalau ada masalah?" Hud tersenyum sinis. Bahu rakan baiknya itu disenggol.

Afeef memandang Hud dan Imran bersilih ganti. Memanglah kau kenal aku, sebab kau punca aku jadi macam ni!

"Family problem lah tu." Imran meneka. Afeef mengangguk mengiyakan. Mata Hud membulat besar.

"Diorang tahu ke apa kau buat selama ni? Macam mana boleh kantoi? Sumpah peyp, aku tak pernah kantoikan kerja kita pada sesiapa!" Hud mengangkat tangan kanan seakan seorang yang sedang bersumpah.

"Adik aku nampak sendiri. Aku takut dia bagitahu mak bapak aku pasal benda ni..."

"Pandai-pandailah kau menipu. Lagipun, kau tak positif dadah. Kau cuma pengedar saja. Tapi, kalau betul-betul adik kau akan report pada mak bapak kau lepastu diorang report pulak pada polis... Memang habis aku akan kerjakan-"

"Kau jangan sentuh family aku!" Kolar baju Hud direntap dengan riak wajah yang mencerlung tajam. Hud mengangkat kedua-dua tangannya ke atas. Eh, dia gurau saja apa yang serius sangat ni?

Imran menggelengkan kepala. Pandai buat pandailah tanggung. Dia memandang ke arah kawasan parkir kereta, mencari kelibat seseorang yang sudah lama dia tunggu. Jam ditangan dilirik. Majlis dah nak mula, mana Inara ni?

Ting! Ting!

Notifikasi yang masuk menyentakkannya. Imran mengeluarkan telefon pintar dari dalam poket seluar lalu aplikasi Whatsapp dibuka.

Dalisha Inara🪻
Kau kat mana?
Aku baru sampai ni
Tgh cari parking

Terus bibirnya menguntum senyuman manis. Tanpa membuang masa lagi, Imran berjalan pantas ke arah kawasan parkir kereta untuk menyambut Inara. Hud dan Imran yang sedang bertekak diendahkan. Malas dia mahu masuk campur.

Sampai saja di tempat parkir kereta, susuk Inara dicari.

"Im!" Dia berpaling ke arah suara yang menyeru namanya. Inara. Lantas dia mendekati wanita itu.

Aku melangkah keluar daripada perut kereta. Dress labuh yang dipakai diperkemaskan. Kemudian, Imran dipandang. Kening aku bertaut pelik tatkala Imran diam memandang aku atas bawah.

"Kenapa? Ada yang tak kena ke? Ke aku salah tema?" lupa nak bagitahu, majlis malam ni bertemakan konsep y2k. Jadi, semua orang yang datang mestilah berpakaian seakan-akan fesyen awal tahun 2000-an. Imran menggelengkan kepala.

"Cantik kau malam ni. Nampak serasi dengan aku." Aku memandang seluarnya yang berwarna khaki. Eh, betullah! Baru aku perasan warna seluarnya sama dengan warna dress aku. Sebenarnya, aku ni bukanlah seorang yang suka bermake-up sangat tapi tak bermakna aku tak pakai make-up langsung, kalau rasa perlu aku pakai.

Paling rajin pun aku tepek blusher, bedak sejuk dengan lipmatte. Baju pun aku lebih suka casual style sebab senang nak pakai.

Well, kita sebagai perempuan kenalah ada rasa confident. Kita kena rasa diri kita cantik. Bak kata lelaki, diorang suka perempuan natural bukan fake. Tapi, bila perempuan tetek bontot semua terjojol, bibir tebal, pakai make-up sepuluh inci lalu, terus tengok lepastu mulalah otak tu fikir benda-benda tak elok.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now