LISA!32

2K 82 14
                                    

AKU melangkah keluar daripada lift setelah sampai di destinasi. Pejabat Khalif dituju. Tanpa mengetuk pintu, aku melangkah masuk ke dalam biliknya. Sofa panjang aku tuju lalu menghempas tubuh disitu.

"Penat sangat ke?" Aku mengangguk malas. Khalif tergelak kecil. Dia kembali fokus pada kerjanya, membiarkan aku berehat di sofa tanpa sebarang gangguan.

Setelah selesai, barang-barangnya yang berselerak di atas meja dikemas. Kemudian, aku dikejut.

"Sayang, tunggu dalam kereta dulu. Lepas abang hantar dokumen ni pada Prof. Medina, abang turun." ujar Khalif seraya menghulurkan aku kunci keretanya. Kunci kereta bertukar tangan. Baru saja aku ingin berpaling, tiba-tiba sepasang mata aku terlihat chocolate bouquet di rak belakang meja lelaki itu.

"Siapa bagi coklat tu?" Soalku seraya membuka langkah ke arah rak tersebut. Bouquet itu dicapai dan dibelek.

"Erm...kawan abang. Dia baru balik dari holiday dekat Langkawi."

"Perempuan ke lelaki?"

"Mestilah lelaki, sayang. Mana ada perempuan yang berani bagi abang coklat." Jawab Khalif, cuba meyakinkan aku. Aku menjungkit kening sebelah. Memandangnya tidak percaya. Kawan lelaki bagi chocolate bouquet yang disusun bentuk 'love'?

"Bohong."

"Betullah. Dia beli dah memang macamtu keadaannya takkanlah dia nak cabut satu-satu lepastu susun bentuk bintang sebelum bagi abang pulak? Sayang kalau nak coklat-coklat tu makan saja. Nak habiskan pun takpe. Abang tak kisah."

"Betul ni??" Mata aku mula bersinar-sinar apabila Khalif memberikan bendera hijau kepada aku untuk makan coklat-coklatnya.

"Iya, betul. Sayang, tunggu dalam kereta dulu? Bawak sekali beg kerja abang. Lepas abang settle abang turun."

"Okey!" Balasku tanpa bersoal jawab lagi. Beg kerja Khalif aku capai sebelum aku mengiringinya keluar dari pejabatnya. Lift dituju. Aku dan Khalif melangkah masuk ke dalam lift bersama-sama.

"Sayang. Semalam abang jumpa papa. Dia tanya, bila kita nak bagi dia cucu?" Aku kaku. Apahal tiba-tiba dia bukak topik pasal anak ni? Aku ni belajar pun belum habis lagi, takkan nak mengandung sekarang? Nanti, baby aku kecik sebab mak dia selalu stres.

"Rezeki belum sampai." Itu saja yang mampu aku katakan. Tiba-tiba tubuh aku ditolak ke dinding. Kedua-dua tangan beruratnya memegang pemegang besi sebagai penahan. Aku dikurung di antara lengan kekarnya itu.

"A-awak, n-nanti or-orang nampak macam mana? Lepaslah..." Aku cuba menolaknya menjauhi aku tapi gagal. Badan dia yang sado itu ibarat batu besar yang cuba aku tolak menggunakan badan kecik aku.

"Siapa saja nak tengok? Semua orang dah balik. Tak banyak lecturer yang buat kelas waktu-waktu macam ni..." Balas Khalif seraya bibirnya tersungging senyuman nakal. Sepasang matanya bergerak melihat seluruh wajah aku sebelum berhenti di dua ulas bibir aku. Aku yang perasan akan pandangan itu terus mengemam bibir.

"Macam mana rezeki nak sampai kalau kita tak usaha, sayang? Kita baru buat sekali takkan nak expect sayang terus mengandung?" Suaranya yang ditekan ke dalam membuatkan bulu roma aku mencanak naik. Air liur ditelan kelat.

Aku memandang skrin nombor yang ada dalam lift. Ape pasal lama sangat nak bunyi ting ni? Aku nak keluar cepat!

"Jom?"

"J-jom apa?" Badan aku dah mula berpeluh. Khalif tersenyum sinis. Wajahnya semakin rapat dengan aku membuatkan aku susah untuk bernafas.

Khalif memasukkan tangannya ke dalam baju aku dan aku dapat rasakan sentuhannya daripada pinggang aku sehinggalah naik dan naik-

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now