LISA!09

2.8K 85 7
                                    

AKU melangkah masuk ke dalam bilik dengan lemah longlai. Lenguh satu badan tak usah dicakaplah... Kalau boleh aku nak tidur dua hari straight terus! Minggu ni aku betul-betul busy dengan persiapan perkahwinan. Start hari Selasa pulak ada presentation dan hari-hari seterusnya kelas... Kelas... Kelas lagi... Aku yang hadap buku hari-hari ni pun rasa nak stop belajar aje! Dua minggu lagi exam! Memang tak cukup tidurlah gamaknya...

Selang beberapa minit aku masuk, Khalif pulak masuk ke dalam bilik aku. Eh tak, bilik kami.

Sumpah aku rasa janggal sekarang. Nak tukar baju pun rasa segan.

"Kenapa tenung saya macamtu?" Terus aku tersedar dari lamunan. Aku berdehem kecil. Khalif membuka songkok sebelum melabuhkan punggung di birai katil, tepat di belakang aku yang tengah duduk di meja solek untuk buang make up.

Aku tak menjawab soalannya sebaliknya aku duduk membelakanginya. Kapas dan make up remover aku capai dan mula membersihkan wajah. Sesekali, sepasang mataku mengerling ke arah Khalif yang sedang bermain telefon melalui cermin bersaiz sederhana besar.

Bila dia tutup telefon dan pandang aku melalui cermin, terus aku buat-buat busy.

"Kenapa diam aje? Taknak bercakap dengan saya ke?"

"Takde topik nak cakap. Aku diam ajelah..." Jawabku tanpa memandangnya.

"Apa kata kalau awak ubah gelaran kita pada yang lebih elok? Awak panggil saya abang, saya panggil awak sayang. Okay tak?" Aku merenungnya tajam sebelum berdecit kecil. Wajah aku sudah selesai dibuang make up.

Tangan kanan menarik laci meja lalu mengeluarkan sehelai kertas bersaiz A4. Kertas tersebut dihulurkan kepada Khalif.

"Kertas apa ni?"

"Baca dulu baru tanya." Balasku senada. Dia kembali diam, tak tanya lebih. Kertas itu dibuka lalu dibaca satu per satu. Sesekali, keningnya berkerut.

"Surat kahwin kontrak?"

"Surat aku janji. Kau perlu turunkan tandatangan dekat bahagian bawah sebelah kiri. Kau kan cikgu, takkan tak pernah tanda tangan surat rasmi?" Aku tersenyum sinis. Khalif diam, membaca surat itu buat kali kedua.

SURAT AKU JANJI

1. Saya tidak akan melarang isteri saya untuk berkawan dengan sesiapa saja tidak kira lelaki atau perempuan.

2. Saya tidak akan melarang isteri saya untuk keluar bersama kawan-kawannya bila ada masa terluang.

3. Saya akan berikan duit sebanyak RM5000 setiap dua minggu kepada isteri saya tanpa banyak soal.

4. Saya tidak akan 'menyentuh' isteri saya tanpa keizinannya.

5. Saya tidak akan menghalang isteri saya jika dia mahu berjumpa dengan bekas kekasihnya, Danish Taufiq.

6. Saya tidak akan memaksa isteri saya untuk berhenti bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa kerana dia bukan 'kuli' atau 'hamba'.

7. Kita akan tidur berasingan sehingga isteri saya bersedia untuk tidur sekatil.

"Apa jadi kalau saya langgar salah satu syarat yang awak dah tetapkan?"

"Baca dua baris bawah tu." Arahku sambil menjuihkan bibir ke arah dua baris ayat di bawah syarat nombor tujuh.

Sekiranya Khalif Zafran Bin Ghazaar melanggar syarat-syarat di atas, maka talak 2 hendaklah dijatuhkan ke atas Dalisha Inara Binti Tarique serta menyerahkan segala hartanya kepada beliau.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now