LISA!44

1.5K 68 18
                                    

"KAMU buat apa dekat sini? Ingatkan dah taknak jejakkan kaki lagi dalam rumah ni..." Khalif menghelakan nafas berat. Wajah Puan Elina ditatap lama.

"Umi...janganlah buat Khalif macam ni... Khalif ada hak untuk pertahankan isteri Khalif."

"Backup dia sampai sanggup derhaka pada umi?" Soal Puan Elina. Wajah anak lelakinya langsung tak dipandang. Dia masih terasa hati akan sikap Khalif yang sanggup meninggikan suara padanya. Mak mana yang tak terasa hati kalau ditengking anak sendiri?

Khalif mengeluh lagi. Dia turun dari sofa lalu melutut dua kaki di depan si ibu. Tangan Puan Elina cuba dicapai namun segera ditepis. Khalif tak berputus asa, tangan orang tua itu dicapai sekali lagi dan digenggam erat. Puan Elina merengus kasar.

"Maafkan Khalif, umi... Khalif takde niat nak jadi anak derhaka. Khalif mintak maaf. Khalif cuma nak umi faham Khalif."

"Selama ni umi tak faham Khalif ke?!"

"Umi faham Khalif tapi ia soal jodoh. Dari dulu Khalif cakap, Khalif anggap Tiara sebagai kawan saja. Tak pernah terlintas dalam fikiran Khalif untuk jadikan dia isteri. Khalif mahukan Dalisha Inara. Only her, umi. Khalif cuma nak umi buka hati untuk terima dia sebagai menantu umi. Layan dia dengan baik, bermesra dengan dia... Khalif tak suka umi layan dia sebagai orang luar. Tolonglah, umi.... Khalif merayu pada umi..." Khalif memandang wajah ibunya penuh harapan. Dia berdoa agar Allah lembutkan hati Puan Elina untuk menerima Inara sebagai menantu.

"Sebenarnya, semuanya bermula dari Khalif. Khalif yang masuk rumah dia sewaktu family dia pergi masjid. Khalif yang plan supaya kitorang ditangkap basah. Inara tak salah. Dia cuma mangsa keadaan." Puan Elina membeliakkan biji mata. Dia tergamam. Wajah anaknya dipandang tak percaya.

"Kenapa Khalif buat macamtu?! Khalif tak fikir pasal umi dan papa ke? Khalif sanggup malukan kitorang depan jiran-jiran semata-mata mahukan Inara?! Umi tak pernah ajar anak-anak umi buat kerja terkutuk macam ni!"

"I'm sorry, umi... Khalif tahu Khalif salah. Khalif taknak Inara kahwin dengan lelaki lain jadi Khalif buat langkah drastik ni. Khalif tak fikir panjang masa tu... Khalif mintak maaf. Tolonglah, umi... Lupakan Tiara dan terima Inara. Dia menantu yang baik. Umi jugak yang akan timang cucu nanti. Umi taknak cucu ke?" Puan Elina tergamam. Hatinya berbolak-balik. Wajah dipaling ke tepi.

Inara...mengandung?

.

Khalif merenung air kolam. Angin lembut yang menyapa wajah dan tubuhnya membuatkan kulitnya meremang kesejukan. Cuaca pada malam ini agak baik tapi yang tak baiknya adalah Puan Elina.

Kenapa umi benci sangat pada Inara sedangkan isterinya itu cuma mangsa keadaan? Apa yang hebat sangat pada Tiara sehingga umi mahu perempuan itu menjadi menantunya? Apa kurangnya Inara?

Dia lebih kenal perangai Tiara sebabtu dia tak mahu jadikan wanita itu sebagai isteri. Luar nampak sempurna tapi dalam? Biarlah dia saja yang tahu. Lagipun, Tiara cuma masa silamnya. Silapnya jugak kerana pernah bawak Tiara berjumpa dengan ibu bapanya. Kalau dia tak bawak wanita itu jumpa mereka dulu, mesti perkara ni takkan terjadi.

Dalisha Inara. Khalif tersenyum kecil tatkala wajah isterinya yang sudah bertudung menyapa fikiran. Sebagai seorang suami, mestilah dia gembira melihat perubahan si isteri. Takde lagi pakaian ketat, nampak pusat, nampak bahu, leher dan rambut sebab semua tu hanya untuk pandangannya saja bukan untuk lelaki lain. Dia juga berharap supaya Inara lebih berhati-hati.

Nak jadi friendly boleh tapi berpada-padalah. Tak semua orang yang dianggap 'kawan' tu akan sentiasa jadi 'kawan'. Manusia berubah. Yang baik boleh jadi jahat. Kadang depan kita baik tapi belakang kita? Takde sesiapa tahu niat sebenar mereka. Boleh jadi, hati mereka lebih busuk dari bau bunga tahi ayam.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now