Part 6

4 5 0
                                    

Dia bangun seawal jam 5 pagi ,mandi ,bersiap dan terus masuk ke dapur.
Kali ini,biar dia yang memasak sarapan untuk mereka.Nasib sahaja dia pandai memasak.

"Nasi goreng kangkung and sup ayam okay done!" Dia hanya memasak dua menu itu kerana fikirnya ini hanyalah sarapan pagi.Segala piring dan juga periuk dicucinya.Ruangan dapur yang sedikit  berantakkan ,dia kemaskan.Dia melihat sekeliling dapur itu,bersih.Dia tersenyum puas.
"Wah bersihnya dapur ni" Zilvya menghadap suara itu.
"Eh hai selamat pagi makcik" Ucapnya sambil memberi senyuman.
"Selamat pagi juga Vya.Lah kamu masak ke?Tak perlu lah menyusahkan kamu sahaja." Zilvya melap tangannya menggunakan tuala kecil bersih.
"Lah tak susah pun lah makcik,takkanlah saya nak tinggal kat sini tak buat apa-apa " Balasnya.Maria terharu.
"Baik sungguh kamu" Zilvya senyum.
"Rio dan Ary tak pergi sekolah ke makcik?" Baru sahaja disebut nama itu,kedua pemilik nama tersebut muncul.
"Pergi lah kakak.Mana boleh tak pergi " Kata mereka yang sudah siap berpakaian seragam sekolah.Mereka sudah rapat padahal baru beberapa hari dia di dalam rumah ini.
"Dah sarapan nanti kakak hantar kamu" Mereka mengangguk lalu duduk di kerusi meja makan.Zilvya mengambil piring dan menyendok nasi goreng ke dalam piring.
"Nah ni untuk Ary,dan ni untuk Rio" Piring yang berisi nasi goreng diletakkan di meja.
"Terima kasih kakak" Ucap mereka.
"Sama sama" Zilvya tersenyum.
"Makcik tak makan?" Maria menoleh.
"Kejap lagi Vya,nak gosok pisau getah ni dulu"Dia mengangguk.
"Dah siap kak" Kata Mario dan juga Mary.
"Oh dah siap,marilah kita jalan" Mereka berdua menggalas beg sekolah masing-masing.
"Lah,menyusahkan Vya je nak hantar-hantar mereka" Maria merasa bersalah.
"Lah takpa makcik,tak susah pun lagipun dekat je kot tak sampai 5 minit pergi situ" Jawabnya.
"Terima kasih lah ye,banyak sangat menyusahkan kamu" Zilvya menggeleng.
"Makcik,janganlah cakap macam tu.Tak menyusahkan pun lah-" Belum habis kata ,Mario sudah memotong perbicaraan.
"Kak jom lah dah lambat ni"Ajaknya.
"Kami jalan dulu ye?" Pamitnya dan mereka bertiga jalan menuju ke kereta Zilvya untuk bergerak ke sekolah.

"Kat sini kan?" Soalnya.Mereka mengangguk.
"Tapi kereta tak dapat masuk kat dalam ,kitorang selalu kena hantar sampai sini je lepastu jalan kaki masuk kat dalam" Jelas Mary.Dia memberhentikkan keretanya.
"Dah turun,kakak hantar sampai kat depan sana" Mereka hanya mengangguk.
Selesai menghantar budak-budak,dia terus menghidupkan enjin keretanya dan berlalu meninggalkan sekolah itu.Dia pelik juga sebenarnya kerana dia berfikir yang dia lihat tadi rumah.Tapi dia tidak ingin menanyakkan persoalan itu kerana logik di pedalaman.
"Eh ,Vya dah sampai?" Soal Maria sambil memakai kasut getah.Zilvya merasa lawak kerana persoalan itu."Ye makcik,saya dah sampai pun ada depan makcik sekarang.Kenapa?Makcik tak nampak saya ke?" Maria tertawa besar.
"Nampak Vya ,nampak." Zilvya turut tertawa.
"Eh ingatkan makcik dah jalan pergi menoreh getah tadi" Maria menggeleng.
"Belum,baru nak pergi ni hah" Mata Zilvya mencari sesuatu.
"Cari Well ke ?" Dia tersengih lalu mengangguk.
"Dia kat dalam,belum berangkat lagi." Maria senang dalam hatinya.'Mungkin dia mula suka agaknya'Teka hatinya.
"Makcik jalan dengan Miguel ke?" Dia menggeleng.
"Makcik jalan dengan pakcik kamu.Kami berdua pergi toreh tempat lain,Well toreh bahagian lain.Tapi sama je,semua pokok getah tu milik pakcik kamu cuma berlainan tempat.Entah lah pelik sangat pakcik kamu tu." Jelasnya.
"Makcik,makcik.Nak ikut boleh?" Wajahnya bersinar penuh harapan.Maria terdiam sebentar sengaja membuat dia tertunggu.
"Tak boleh" Wajah Zilvya serta merta berubah monyok.
"Alaaa tapi makcik,Vya sorang je lah takde kawan kat rumah,makcik boleh lah makcik " Pujuknya sambil menarik-narik perlahan hujung baju Maria dengan muka comelnya berharap makciknya membawanya bersama.
"Tak boleh tapi dengan Miguel boleh" Zilvya melompat kegirangan.
"Yeayy terima kasih makcik,tapi..belum tentu dia nak saya ikut dia" Mukanya berubah monyok kembali.
Dia yang dari tadi berdiri di depan pintu melihat kemesraan perempuan itu dan juga mamanya.'Comel' Detik hatinya tetapi dia cepat cepat menepis perasaan itu.'Tak!Jangan Miguel !Jangan!Kau tak boleh jatuh cinta lagi!Nanti kau yang sendiri sakit hati!Semua perempuan sama je!Eh,kecuali mak aku.' Dia berbicara sendiri dalam hati.
"Dia nak tu,tunggu jelah dia keluar" Pujuk Maria.
"Aih,ma?Bila jalan?" Soalnya.
"Eh  panjang umur.Well,kau kasi lah si Vya ikut kau ye?Ada juga yang tolong kau kat situ" Dahi Miguel mengerut.Pa bende siak?
"Eh taknak lah Well,entah sampai situ bukan nak tolong.Menyusahkan adalah" Muka Zilvya bertambah cemberut.
" Well,dengar cakap Mak" Maria berkata keras merenung tajam kepada Miguel.Dia merengus.
"A'ah yelah.Hah kau?Takkan nak pakai macam ni je?Kau ingat kat situ takde nyamuk?Kebal sangat ke kau?Baju panjang,seluar panjang kau tak pakai?" Soalnya.
"Seluar saya kan panjang?" Matanya melihat pakaian Zilvya atas bawah.Seluar track dengan t-shirt .
"Kau nak biarkan baju dengan seluar kau ni kotor ke?Takde ke yang lama sikit?Baru lagi baju kau ni,sayang kot kena pulut getah" Dia membebel seperti emak-emak.Zilvya menggeleng.
"Saya takde baju macam tu" Dia menepuk dahi lalu terus masuk ke dalam rumah kembali dan keluar membawa seluar panjang serta baju panjang yang sedikit lusuh.
"Nah" Hulurnya dan Zilvya menyambutnya.
"Dah Vya,pergi pakai cepat nanti lambat korang jalan.Kalau panas,susah nak menoreh" Zilvya mengangguk dan masuk ke dalam rumah lalu keluar .Miguel menahan tawa.
"Makcik,baju dia besar sangat" Adunya.Maria ketawa besar
"Okay je pun,dah Well jalan mak nak tunggu bapak kamu dulu" Miguel mengangguk sambil tersenyum-senyum.
"Oi lelayang!Nak cepat," Arahnya yang sudah naik ke atas motor kapcainya.
"Selamat tinggal ,makcik" Dia naik ke atas motor dan mereka terus berlalu ke kebun.
"Awak laju sikit lah,perlahan sangat awak bawak " Dia menepuk bahu Miguel.
"Eh kau lah yang bawak kalau macam tu ,nak suruh-suruh orang " Mukanya berubah cemberut lalu diam sehinggalah sampai di kebun getah Jordan.Miguel memberhentikkan motornya di depan pondok kecil mereka dan turun diikuti oleh Zilvya.
"Oi,pergi ambil pisau getah kat situ tu.Hati-hati pegang ,tajam nanti luka menyusahkan pula " Dia mengangguk dan membuat apa yang diarahkan.
"Lepastu?" Miguel berjalan menuju sebuah pokok getah dan Zilvya mengikutinya.
"Kau pandai tak toreh getah ni?" Dia menggeleng pantas.Miguel menjelingnya tajam.
"Marilah sini baboon " Zilvya sedikit pun tidak terasa malah dia ketawa.
Dia berdiri di depan pokok getah dan Miguel dibelakangnya.
" Pegang baik-baik pisau getah tu,letak kat kulit pokok " Dia mengangguk dan membuat apa yang disuruh.Miguel tercengang.Bangang betul perempuan ni.Lalu dia memegang tangan Zilvya yang memegang pisau getah.Dub dap dup dap.Perasaan apakah ini?Aneh sekali.
Dia meneruskan menggerakan tangan Zilvya mengajarnya cara menoreh getah.
"Dah?Pandai? Cuba kau buat sendiri aku nak tengok " Zilvya tersentak.Jantungnya masih berdebar.Dengan Miguel yang terlalu rapat dibelakangnya sehinggakan dia mendengar jelas hembusan nafas lelaki itu dan lelaki itu memegang kedua tangannya.Kau rasa?

"Buat lah cepat,aku nak tengok " Katanya lembut.Aik?Sejak bila mamat ni bercakap denganya secara lembut?Dia mengangguk berpindah ke pokok lain dengan muka yang ceria.Zilvya fokus menoreh getah itu seperti yang telah Miguel ajar kepadanya.
Dia merenung wajah cantik yang sedang fokus melakukan kerjanya itu.
'Tahan,hati.Kau kena kuat,jangan jatuh cinta lagi.Tapi aku tak dapat.Ahh peduli kau jangan jatuh cinta!Miguel,kau kuat Well.Stop!' Dia berperang dengan perasaanya sendiri.
"Awak tengok!" Dia tersentak dari lamunannya lalu melihat wajah Zilvya seterusnya melihat pokok getah yang ditoreh oleh perempuan itu.Ow,boleh tahan juga perempuan ni.
" Pandai juga kau toreh getah eh?" Hidung Zilvya kembang kuncup apabila dipuji.
" So,saya dah boleh menoreh getah lah ni ya?" Miguel berpeluk tubuh lalu menggelengkan kepalanya.
" Kenapa?Bukankah saya dah pandai menoreh?" Mukanya cemberut.
" Kau kena belajar lagi sampai cantik kau toreh ,baru kau boleh toreh getah yang lain tu.Kalau kau terus toreh sekarang,habis rosak lah kau buat pokok getah ni." Muka Zilvya bertambah masam.
"Jadi saya nak buat apa sekarang?" Miguel melihat wajahnya.
"Hah,kau nak buat kerja kan?Ah,kau ambil baldi tu kau pergi pungut pulut getah yang dah keras tu masukkan dalam baldi ni sampai habis.Yang hujung sana tu pergi cepat " Zilvya mengangguk lalu berlari mengambil baldi dan terus membuat kerjanya.
Miguel tersenyum dalam diam.'Comel budak ni' Detik hatinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Won't stop loving youWhere stories live. Discover now