Part 5

5 5 0
                                    

Beg yang berisi pakaian serta barang keperluanya , sudah diangkat diletakkan di dalam bilik.
"Aik,makcik seingat saya takde pun saya angkat tadi?" Soalnya pelik.Maria tersenyum.
"Tadi makcik suruh Miguel angkat masukkan kedalam sini" Kening Zilvya terangkat.
Baik juga dia ye?"Lah maaf lah makcik menyusahkan je.Saya boleh angkat pun " Maria menggeleng.
"Eh tak menyusahkan pun lah Vya,memang patut Miguel angkat tadi dia kan lelaki?Dah makcik keluar lah dulu ye?Kamu kemaskan lah dulu barang kamu tu "  Katanya lalu keluar.
Zilvya bersyukur kerana keluarga ini sudi menerima nya tinggal disini.Dia menutup perlahan pintu bilik tersebut.Kata makcik itu tadi ,bilik ini milik anaknya tetapi sudah dikosongkan kerana anaknya tinggal di tempat suaminya.Dia memandang sekitar bilik tersebut.Hanya sebuah almari dan juga sebuah katil bujang serta sebuah meja kecil bersebelahan dengan katil. Zip beg dibuka.Satu persatu pakaian dilipat olehnya sehingga terlihat sebuah baju jersey berwarna biru.Dia juga tidak tahu kenapa dia membawa baju itu.Dia tersenyum kelat.Lalu dia menyambung melipat pakaiannya yang lain.Setelah siap,semua pakaian yang dilipat disimpannya di dalam almari.Beg yang berisi kelengkapan dirinya dibiarkan dahulu akan dikemasnya sebentar lagi.
Dia mengambil handphone nya.Aplikasi WhatsApp dibuka.Banyak message yang masuk.Ada juga line kat sini ,ingat takde langsung,fikirnya.

Setelah beberapa minit melayari WhatsApp,Instagram dan  Facebook
,dia mengambil tuala untuk mandi.Dia agak segan dan kekok kerana baru hari ini dia masuk ke dalam rumah ini.
"Nak keluar ke tak ,nak keluar ke tak..Aduhh malu nya" Dia duduk di hujung  katil berfikir hendak keluar daripada  bilik itu ataupun tidak,lagipula  bilik dia  dan  Miguel bersebelahan  sahaja.Pintu diketuk.Dia terus berdiri membuka pintu tersebut.
"Kamu belum mandi kan?Dah pergi lah mandi ,bilik mandi ada dekat tepi tu.Lepas mandi ,bersiap nanti kita makan sama-sama nak kenalkan Vya pada mereka.Makcik keluar dulu ye?Kalau tak tahu bilik mandi kat mana,tanya je makcik" Sempat dia senyum sebelum keluar dari bilik itu.Pakaian diambil lalu keluar dari bilik itu.Dia menuju ke bilik mandi yang dimaksudkan Maria lalu terus masuk ke dalam dan mengunci pintu tandas tersebut.Hampir dia menjerit melihat susuk tubuh berotot serta berketul-ketul dihadapanya ini yang hanya mengenakan tuala separas pinggang.Miguel juga terkejut.
"Eh kau ni!Tak reti nak ketuk pintu dulu ke sebelum masuk?" Katanya dengan nada keras tetapi secara perlahan takut mereka  terdengar.Mata Zilvya membesar.
"Eh?Pintu tu tak berkunci kot?Siapa suruh awak tak kunci " Jawabnya polos.Miguel tercengang.Tapi betul juga ,salah dia kerana tidak mengunci pintu tersebut tadi.
"Suka hati kau lah dah tepi aku nak keluar "Zilvya tersenyum.
"Awak" Panggilnya.Miguel melihat wajahnya.
"Pahal?" Zilvya mengenyitkan mata kanannya.
"Awak seksi  " Dia terkejut.
"Mak aih ganas betul kau jadi perempuan.Miang nak mampus"Dia terus membuka pintu bilik mandi dan keluar. Zilvya tergelak.Ceh padahal dalam hati dah kembang kuncup.Dia mengunci kembali pintu bilik mandi tadi dan terus mandi menghilangkan bau yang mengancam serta lekitan di badanya.

Dia makan dengan sangat berselera.Makcik memasak ikan goreng,sambal belacan,pucuk ubi masak lemak dan juga ikan masin.
"Wah seleranya kamu makan" Jordan tergelak perlahan melihat Zilvya makan dengan sangat berselera.
"Ye pakcik,sedap sangat makcik masak.Dah lama tak makan makanan macam ni" Maria tersenyum lebar.
"Mestilah sedap makcik masak.Dah tambah lagi Vya " Zilvya hanya mengangguk.
"Kakak banyak makan,tapi kurus je?" Kata Mario anak bongsu Jordan.Zilvya tergelak.
"Kakak?Kurus?Gemuk macam ni dikatakannya saya kurus " Mereka semua tergelak di meja makan itu kecuali Miguel.'Kurus pun nak mengaku gemuk' Desis hatinya.

Selesai makan,mereka semua berkumpul di ruang tamu.
"Ha'ah tu lah nama dia tu,yang perempuan ni namanya Mary.Lepastu yang bongsu ni Mario." Zilvya senyum manis kepada kedua-dua budak kecil itu.
"Comelnya korang" Mario dan Mary tersipu malu dipuji.
"Ek eleh kena puji sikit dah macam tu" Ejek Miguel kepada kedua adiknya.
"Eh abang cemburu lah tu tak kena puji bwerk kesian muka macam tapir tak laku.Lalat pun lari tengok  muka abang,patutlah takde lalat dalam rumah ni semua lari sebab ada abang kat rumah." Balas Mary kembali sambil menjelirkan lidahnya kepada abangnya.
"Eh Ary tak baik macam tu jaga sikit mulut tu" Tegur Maria.Abangnya tersenyum mengejek.
"Mamaaaa tengok abang tu maa" Adu Mary kesal.
" Ary ,dah 12 tahun pun masih macam tu perangai.Kamu lagi abang ,jangan usik sangat adik-adik kamu tu " Zilvya hanya diam melihat tingkah anak-beranak itu.'Seronoknya keluarga semua complete ' Ditahan kesedihannya.
"Dah malam ni,Ary ,Rio pergi tidur sana tak baik tidur lewat" Jordan yang dari tadi diam bersuara.Mereka berdua mengangguk dan terus pergi ke bilik masing-masing.
"Kalau macam tu,saya pergi tidur dulu ye makcik,pakcik.Selamat malam," Ucapnya tersenyum manis dan pergi ke biliknya kerana dia sudah mengantuk ingin merehatkan dirinya.
"Selamat malam juga ,Vya " Balas Maria dan juga Jordan sambil tersenyum.
"Mama pa,Well masuk tidur dulu.Selamat malam" Ucapnya dan terus berlalu.
"Sayang ,padan betul mereka berdua kan?" Soal Maria.
"Siapa?" Soal Jordan kembali,penasaran.
"Takde lah" Maria menahan senyum. "Tengo tu ,hm taknak kawan" Maria tercengang.
"Eh dah tua bangka masih macam tu,malas layan orang tua miang bagus tidur " Maria menahan tawa dan terus berlalu.

Won't stop loving youWhere stories live. Discover now